I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Friday, January 2, 2009

Aduh indahnya Desaku...

Sedar tak sedar, dah sebulan dah aku bercuti di kampung, bercuti dari belajar kat k.l nu dan bercuti dari memerah kepala otak ni.. macam sekejap je rasanye cuti ni...memang lah mcm orang cakap, kampung ni adalah penawar segala ‘stress’, stress yang disebabkan oleh kesibukan belajar dan bekerja kat bandar, kat kampong ni korang bebas dari segala problem, masalah baik dari segi kewangan, perhungan (pakwe makwe laa). Pendek kata, kat kampong ni, semua duka nestapa gerenti hilang punya. Kiranya duduk kampung ni macam satu sesi terapi laa..sesi penyucian minda yang paling mujarab sekali. Hua hua hua..

Biasanya aku, kalau kat kampong, masa yang paling best skali, mesti la time pagi, bangun je dari tidur.. mesti punya terdengar bunyi burung-burung berkicau2 keluar sarang cari makan, bukak je tingkap rumah (especially tingkap rumah kampong), nampak pakcik makcik kita keluar rumah pegi kebun menoreh getah, pegi sawah bendang tanam padi..hui memang terasa tak nak balik k.l laa..
Masa aku kat kampong aku, aku memang tak lepaskan peluang laa, pegi kebun, ( huhu..dah lama aku tak pegi kebun )..kat kebun, macam biasa la, petik buah-buahan ape yang ada-ciku, duku, rambutan dll (banyak gila, tak muat bakul!!)
Masa cuti ni aku malas la nak cari kerja2 kat luar, ( bagi aku, kalau nak cari kerja luar, baik tak payah cuti kat kg.. ye tak!!..hehe) so duduk je la kat kampung tolong orang tua-noreh getah, bangkit getah, beku kan getah, berkebun, tanam sayur bla..bla..lagilah.. (Best Gila!!)

Bila malam pulak biasalaa kadang2 keluar jumpa member-member lama..member2 sekolah dll, huh..rindu gila kat diorang!!
Tapi bagi aku laa aktiviti paling Syok yang pernah aku buat masa cuti ni-mesti la gi tangguk ikan kat kolam, masa ni baru la korang dapat rase feel.. yang sebenar2nya tinggal kat kg. ni, fuhh..terasa mcm balik zaman budak2 pulak (dulu pegi berkubang, balik mesti kena sebat dengan mak bapak, haha!!)
Pendek kata, balik kampong ni aktiviti wajib paling best dalam hidup aku,lebih best balik kampong daripada pegi melancong kat Paris, London dll huhu..J
Kalau ada member2 yang tak pernah ada kampong dan tak pernah balik kampong, jom ajak diorang balik kampong..bagi diorang rasa penangan balik kampong ni..hohohoh..

Ala orang2 kaya raya kat Bandar tu pun asal dari kampong gak, bila boring2, bila nak raye ke kampong gak diorang pulang..tak ada nya diorang nak beraya kat Bandar nu..huhuhu
-created by matjenin2020

1 Comment:

  1. kak lela said...
    duduk kampung memang best!! udara pun segar

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online