I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Tuesday, January 12, 2010

Salam..sudah beberapa purnama hamba tidak menulis dalam blog ini, bukan tiada masa atau idea, tetapi kerna beberapa purnama kebelakangan ini hidup hamba diselubungi awan kegelapan dan pelbagai masalah yang bisa mengancam masa depan hamba..Mata hanya sayu menatap blog tercinta ini yang sudah bebrapa lama sepi tanpa coretan, tapi tangan dan jiwa x bisa menggarap setitik idea pun untuk ditafsirkan di dalam blog ini..mungkin permasalahan ini berlaku gara2x kecetekan ilmu dan kurangnya pengalaman hamba dalam merencana masa depan dan mencari konklusi terbaik dalam menentukan arah hidup hamba.. Begitu banyak usia muda hamba ini tersia-sia dek kerana tersilapnya percaturan hidup yang hamba telah rencanakan tanpa mengikut pemikiran yang waras dan tenang..pendek kata banyak keputusan yang hamba ambil sebelum ini adalah mengikut pandangan orang lain dan bukan kemahuan diri sendiri...

Kini hamba bangkit kembali...hamba hadir dengan idea, kehendak dan citarasa tersendiri, demi membentuk halatuju masa depan yg lebih tepat..

Dulu hamba sering terfikir..apa yang aku nak jadi bila besar nanti...

 

blogger templates | Make Money Online