I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua blogger2X dan sahabat2X MjK a.k.a Mat Jenin Kota semua..mohon ampun jika ada tersalah bahasa, terkutuk dan terasa hati..Bersama2X lah kita melakukan amal ibadat dan menambahkan pahala di bulan Puasa.. Moga2X kita semua panjang umur untuk sambut raya tahun ini..huhu!


p/s: Tahun ni dah nak kna start bg duit raye kat anak buah ke tak?? nak bagi tak bagi.. huish..pening2X

Sunday, August 16, 2009

Perkara: Arsenal menang Bergaya!!
Lokasi: Goodisen Park
Repoter: Mat Jenin Kota

Semalam Arsenal mengOPENkan tirai EPL musim ni dengan bergaya sekali ( kalah makcik Gayah!!)
6 bijik diorg tabor kat Everton, team yg diramal oleh para musuh2 sejati Arsenal (Man U fan laa..) mampu membogelkan budak2 Arsenal.. (hmm..baru korg tau, were dont need Adekbayor uu..)

Hmm...apa pasai la abes abang2X Everton lunyai kna di'child-child' kan ngan adik2 dari Arsenal (eh! sapa yg budak ni?)

Anyway.. abang Howard, Neville ngan Abe Saha tu dulu main team mane ye?.. longlai semacam jer... bekas kelab dia x train betui2 ka dulu?

hihihi..



P/s: Walcott, Nasri, Rosicky x main pun smalam, kalu main...

Saturday, August 15, 2009

Mak Rasa Tak Sedap Hati...

Tarikh: 13 Agustus 2009 (Khamis)
Masa: Lebih kurang 12.00 a.m
Lokasi: Seksyen 8
Mangsa: takda sesape jadi mangsa kali ni..


2 hari lepas aku rase x sihat..rasa mcm x best. kat opis td, aku rasa nak demam ada, selsema, pening dan macam2 lagi.. balik je keje jam 7.30 p.m aku trus mandi, solat dan dummm!!!.. serta merta aku melandingkaN diri atas tilam empuk aku..
Aku amik keputusan utk tdo sekejap, aku set jam kul 9.00pm dengan impian akan bangun untuk setelkan assignment aku yang berminggu2X tertangguh.. x smpi 10 minit aku pun..

ZZZZZZZz…..

Tiba2X Kring!!! Kring!!!...aku terjaga coz henpon aku dh memekak.. “ sapa la kol aku ni, aku tido x puas lagi nih!”.. rungut aku sambil capai henpon tanpa chek sapa yg kol..

Aku: helo, sape ni?

Pemanggil misteri: Ni mak la yang speaking (mak aku rupanya)…apsal Mak kol ko masuk nih dh 6 kali, tp x angkat2X...mak rasa x sedap hati laa..tu pasal mak kol ko, tp ko plak x angkat.. ko ni buat mak risau je
Aku: Aiseh!..sorry, tetido la mak

Mak: Mak dengo kt tv, kat area K.L ko nu ramai yang dh kna H1N1.. ramai yg kna kuarantin, budak2X U pun ramai kna.. mak risau ni… ko ok x? jage diri baik2x..

Aku: hmm..err.. er.. orang ok, sihat! (aku bohong,padahal dari pagi aku rasa nk demam,pening)

Mak : Ko jgn lupa pakai topeng, beli top, jgn sayang duit sangat, duit takpe, boleh dicari..nyawa, kesihatan x boleh diganti…bla..bla.. (puas mak nasihatkan aku)

Aku: Ye..orang dah ada topeng ni (tipu..aku x beli topeng pun) Ok mak jaga kesihaTan ye, mak kat kampong pun kna pakai topeng jugak..jgn lupa pakai gi kebun, haha (gurau aku)

Mak: Yela tu..okla, mak nak tido dulu, kalu ko sihat,ok.. baru lega mak,hilang risau..baru boleh tido..

Aku: Ok mak, selamat malam, good nite..

Tuppp…perbualan aku dan mak putus…Aku duduk termenung, wajarkah aku tipu mak tadi cakap aku sihat, padahal aku tengah demam, pening and selsema ni?
Hmm..aku harap tindakan aku ni btul coz aku xnak buat mak risau, susah hati and x boleh tidur fikirkan masalah anak2X dia..
Aku janji esok aku akan ke Klinik jumpa doctor check samada aku demam biasa atau terkena simpton2 tu (mtk dijauhkan!!) dan aku janji aku akan pakai topeng bila di tempat yg ramai org..huhu

P/s: hari ini aku dah baik dari demam, (aku Cuma demam biasa dan sah selamat dari H1N1..) Dan aku dh pakai topeng ke luar (coz Lyn dh bagi topeng percuma kat aku)..harap2x mak dh x risau kan kesihatan kami adik beradik yang jauh dr kg. halaman..sesungguhnya kasih ibu adalah kasih sejati, kasih yang membawa ke sorga!!! kawan2x buatlah baik kt mak korg sementara diorg hidup lagi..

Virus ni la yang buat aku, 1 malaya dan dunia jd huru hara skrg nih!

Friday, August 14, 2009

Entry Kosong!!

[kosonggggggggggggggggggggggg..kosong..00000000000.....
kosonggg.......0000000...............kosssonngggg.............00..]


p/s : pelik ke tengok entry kosong aku untuk malam ni..? bukan ape aku dh malas nk tulih coz sedang aku menulis punya la panjang entry untuk malam ni..(panjang..hampir 1 muka, tetiba semua entry dan cerita aku untuk malam ni ilang mcm tu je..dek kesilapan tangan aku tertekan delete...Hmm, tgn aku ni pengkor ke? hr tu salah tutup plug...kesian Kudin..]

Thursday, August 13, 2009

Aku nAK cEkik Orang!!

1 HARI, 2 HARI....AKU BUSY ...NOT BUSY BODY


Sehari dua hari ni adalah Hari2X yang membosan kan bagi aku..Cukup membosankan..


I Am too BUSY..hari2X balik kerja lambat, member kat opis plak boleh la plak keluar MENGULORRR... time2X keje melambak2X kat opis, bley plak merayau kat luor, masuk keje lambat, blik nak cepat..sedap2X je plak mintak aku punch card kan untuk diorang..nak aje aku CEKIKKK... je sekor2X!!!..


p/s: BuSy amat.. Bosan amaT...bukan Minyak gamaT..
baliK rumah plak ada member yang ala2X mentaL gitu..suka buat benda peliK2X yang menguji tahap darah tinggi kami di rumaH...Aduyai!!

Wednesday, August 12, 2009

Malaysians will be able to sight up to a total of 100 Perseid meteors per hour streaking across the northern sky in the wee hours of Thursday morning.Universiti Sains Malaysia’s Astronomy Atmospheric Science Unit lecturer Assoc Prof Dr Chong Hon Yew said that according to the International Meteor Organisation (IMO). the meteor shower is expected to be best viewed from 1.30am to 4am on Thursday.

“The shower could have started on July 24 and is expected to be observed until Aug 17.“It is however predicted that during the peak viewing time (Thursday morning), the moon will be high in the sky, outshining the fainter meteors.“There is a good chance for observers to spot the brighter meteors however,” he said on Wednesday.Dr Chong also hoped the weather would be favourable for the Perseids to be seen.Those who miss tomorrow’s meteor shower may still catch a “lesser version” after midnight Thursday, or early Friday morning.

Dr Chong said the Perseids are a prolific meteor shower associated with the comet Swift-Tuttle which are usually fast, bright and occasionally leave persistent trains.“The point they come from lies in the constellation of Perseus,” he said.The Perseid meteor shower has been observed for about 2,000 years, with the first known sighting coming from the Far East.Every year in August, the Earth passes through rock and dust fragments left behind by the comet Swift-Tuttle. As these small particles collide with the Earth’s atmosphere, they burn up, often creating a startling streak of light across the sky.
The shower is visible from mid-July each year, with the greatest activity between Aug 8 and Aug 14, peaking at about Aug 12.Dr Chong said the meteor shower can be observed with the naked eye.

Monday, August 10, 2009

Maka Matilah Komputer itu...

Tarikh: 11 Agustus 2009
Jam: 12.20 a.m
Lokasi kejadian: Seksyen 8, Shah Alam
Mangsa: Kudin al engineer

Jam menunjukkan hampir pukul 12.20 pagi. Aku baru je siap bermacam asgnmt yang nak kna hantar esok petang -deadline esok..( dapat dah lama, baru terhegeh2X nak siapkan)

Mata dah naik rabak mengantuk, pedih, letih dan mamai-mamai ayam..aku tengok kawan2x ramai yang dah melayang dibuai mimpi..aku tengok Kudin tgh struggle buat kerje2X typingnye.." eham, rajin Kudin ko malam ni, x tdo lagi ke?" aku menegur. Belum, banyak keje, bos nak tengok esok!" balas Kudin serius, sambil tangan semakin laju menaip...
Malas nak layan, aku trus mngoffkan laptop aku, dan trus meraba2X bawah meja mencari suis laptop..punya la susah nak cari suis laptop aku coz suis laptop aku ni ak plug in kat external yang cukup berselirat dengan wayar2X dan suis laptop2x sahabatku yang lain.. " hmm..payah tul la nak cari suis aku, extension ni pun dah serabut macam kepala otak aku!!..Ah, belasah je la.." getus hatiku sambil meraba bawah meja..,
" yang ni bukan, kepala dia besar sangat, yang ni pun bukan, kepala dia lebar sangat..hmm, yang ni ke? Ah, blasah je la..! " getus hatiku, dan secara otomatisnya aku menekan tutup suis yang ada di hujung jariku..
TUUPPP!!!......

Tiba2X.. Kudin yang berada di sebelah aku melolong menjerit macam orang kna HISTERIA...


" Arrghh...ko tutup komputer aku, habis keje aku...esok Bos nak tengok!!!


"MATi AKUUU...." raung Kudin.....

P/S: Maaf KUDIN, aku tak sengaja..lain kali aku tak buat lagi.. jangan Marah ye...


aKU yang bERDOSA

Sunday, August 9, 2009


Tik.. Tok! Tik.. Tok!....

Huarrghhh!!! Aku bukak mata, tgk jam.."hargh! dah kul 6.30 pagi! mampus aku macam ni.." dengan pantas aku melompat bangun-capai tuala..trus mandi..
Hari ini aku kena cepat pg keje coz malam tadi aku tido rumah kakak aku @ Puchong, so secara automatik nya aku kna la bergerak awal dari rumah kakak ke pejabat kat Shah Alam..kalu x jawabnye kna hamun la aku dengan si Hitler kat office kami tu..

Lepas je mandi, sarapan..aku trus broomm..broom... blah dari rumah kakak aku..target nak sampai sebelum jam 8pg..
Skali jalan jem daa..dah la jem, sesak ditambah la plak dengan drebar2x yang kurang manner nya membuat aku cukup anginn..."Hey...angin satu badan ni.."

Nak pendek kan cerita...cilok punya cilok, sampai la tu kat Office lewat 20 minit..Aku gerenti mati cair la aku kena fire dengan semburan berbisa mulut si hitler yang kejam kt staf dia ni...

Sampai je kat Office, aku nampak kelibat Hitler.."Aduh mati la aku macam ni..Automatik otak ak yang pikap ni trus berfikir strategi camna aku nk masuk ke office dan punch card dgn jayanya tanpa Hitler sedar akan kehadiran aku.. "hmm..masuk ikut depan, sure mati..ikut belakang..err..ofis aku tingkat 2 manada pintu belakang..Argh! kasi blasah je la, nak marah, marah laa..aku dh puas dah..

Aku ushar kiri kanan.." YES! Hit xde, pluang baik!" Dan dengan kelajuan semut berlari, aku melangkah masuk ke ofis dan punch card... "

Lepas punch card aku pandang kiri-kanan..." Aik...mana semua orang pigi ni, apasal ofis kosong je? "

Tak semena2x Kak Nana, selaku pembantu Tadbir kat ofis ni, menegur aku.." eh, ko tak cuti? hari ni kan semua orang cuti..Bos bagi diorang cuti coz dah kerja keras untuk pesta buku.."

Pergh terkejut aku dengar... "Ape cuti??? knapa saya x tau?" adoi la kalu aku tau hari ni boleh cuti, baik aku trus tidur td..takde la aku tensen dgn jem la, Hitler laa..

So, dgn longlai nye aku pulang ke rumah...untuk sambung tidooo..

Arggghhhh!!!
zzzzzZZZZZZZ...
:)

MORAL: sebelum balik keje, dapat kan dulu info2 penting untuk hari esok.. x la jadi pening! hehe

PASSING-TENDANG-SUMBAT

Hmm.. kat sini aku selitkan sket video jack Wilshere semasa kejohanan "Emirates Cup' tempoh hari..korang judge sendiri la samada budak ni bagus atau tidak.. Kalu tanya aku, aku kata..BAGUUUSSSSS!!

Permata Muda Arsenal -SPM pun blum sempat amik lagi..
Kalu b4 this orang asyek crita pasal Walcott2x..fabregas2x.. hah sekarang tiba plak turn Jack Wilshere. 'Winger' muda hasil dari Akademi Bolasepak Arsenal ni power dalam memberi umpanan, memiliki keseimbangan yang bagus dan paling best...sangat lincah.. Kini mamat kecik ni dah pun berjaya pecahkan rekod Fabregas sebagai pemain paling muda beraksi dalam EPL..

Arsene Wenger pun dah mengaku yang prestasi dan skil Wilshere sekarang lebih baik daripada Fabregas masa umur 17 dolu2x..Jack pemain muda yang penuh semangat dan komitmen, dia tak takut terhadap asakan dan terjahan lawan yang lebih besor dan femes! ujar wenger...hehe!

Menurut akhbar...(kosmo kot..) "Wilshere menjadi pemain termuda Gunners tampil dalam Champions league masa umur dia 16 tahun, di Liga Champions time lwn Dynamo Kyiv. Dia gak jadik player termuda main di EPL time lwn Blackburn Rovers..
Beberapa minggu lepas..Wilshere jadik pemain terbaik 'Emirates Cup' bila dia score 2 bijik masa arsenal kalahkan Rangers kat Final...


p/s: pas ni mesti Fab dgn Walcott jeles dgn mamat ni, mesti kelab lain pun jeles ngan Arsenal! ~ahaks..
Lain kali aku try post video dia plak!! :)

Saturday, August 8, 2009

The best Biography Cartoon in Malaya

Hari ni hari ahad..aku tak tau ape nak buat..tengok kiri, tengok kanan..terpandanglah akan kepada koleksi GG " Aku Budak Minang-A.B.M" yang baru aku beli tempoh hari..actually dh berkurun zaman aku cari, la ni baru jumpa..(sebenarnya x cari pun, tunggu nampak depan mata)
Aku dah bace A.B.M ni masa darjah 5 (lame siot tapi aku cari gak utk buat koleksi (xda sapa2 bley pinjam, heheh!)

Ya...korg nak tau kenapa aku cari ini buku?..bagi aku A.B.M ni merupakan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh kartunis tersohor Malaya iaitu UJANG sebab kartun ujang yang satu is extra ordinary sket coz ianya ni bukan sekadar imaginasi @ fantasi yang direka2x mcm kartunis2x lain..Tapi A.B.M ni merupakan sebuah karya biografi ttg hidup ujang sendiri, suka duka, jerit-perih Ujang hidup di dalam masyarakat Perpatihnya..(sekitar tahun 1965 ke 80-an)cara dia lukih, susunan cerita dan garapan nya bleh buat korang nangih bila baca...(aku tak tipu)

kalo korang bace A.B.M ni aku gerenti korang punye emosi sure terperangkap dengan kisah2x lucu, sedih, pilu,marah,resah si Ujang ni sepanjang perjalanan hidupnya..Aku memang tabik dengan Ujang ni coz karya2x dia mmg superb..dan A.B.M ni adalah karya paling superb dari Ujang..
Okehla aku nak sambung bace nih..babai.. kepada korang, kalu dh bace ini A.B.M, jangan lupa cari sambungan dia plak...`~ACA

Karya Lagenda dari kartunis Lagenda Malaysia:Ujang, karya yang berjaya melonjakkan nama Ujang di era 80-an

p/s: Pernah bercita2x nak jadi kartunis satu masa dulu bila bace A.B.M ni :)

Dah Abes Dah!!! yippi!

Akhirnya detik jam 5 petang, 7.8.09 tamatlah sudah Pesta Buku Upena UiTM dengan jayanya setelah 1 minggu berlangsung di Menara SAAS UiTM.. Huh! finally dapat gak kitorg rehat sejenak setelah 2,3 minggu bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan untuk memastikan pesta buku ini berjalan lancar dan berjaya..Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang..

Terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada para tetamu yang sempat meluangkan masa hadir ke pameran..
terima kasih kepada syarikat2 Penerbitan seperti Creative Entreprise, MOY, Karangkraf, Alaf 21, kartunis SYEM Raja Lawak dan lain2x kerna turut bersama2 menjayakan pesta Buku kali ini.
Thanks to En. Cendol dan Spider kerna bagi aku karikatur dan autograph korang kt aku, aku appreciate sangat2x

Kepada semua staf2X Upena spt En. Munauwar, Kak Salmah, Abg Zaki,Abg Rizael dan lain2x, marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat ilahi dan gunakan lah cuti sabtu dan Ahad ini untuk merehatkan jiwa dan minda yang telah lama ter'exosted' sekian lama.. kerna esok kita dh nk kerja semula (adoii!! la)

Tak lupa juga kepada abang2X pemandu bas UiTM terutamanya abang K.Nizam kerna telah memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya..(kalau abang2x takda lingkup la saya sebagai ajk pengangkutan sempena Pesta Buku kali ni!!)
Tak lupa kepada.....ba..bla..bla..

p/s: Uish!! macam ucapan Menteri la, panjang berjela-jela.. anyway thanks kepada semua, pesta ini banyak memberi pengalaman kepadaku dan mengajarku tentang erti persahabatan, keikhlasan, tanggungjawab dan sebagainya!!)

Lawak Orang Dewasa

Ajoi dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayahkau punye", kata emaknya.
Ha... ... ..Lu Pikir ah sendiri... ... ..!

p/s: Sori.., lawak ni agak lucah sket, haha! :)

Friday, August 7, 2009


Tekanan, Letih,Bosan...

3 ni la mampu mengubah seseorang yang peramah, ceria dan baik boleh bertukar menjadi sebaliknya..
Nak pendekkan cerita..hari ni aku bergerak seawall jam 6.30pagi untuk ke SMK Sri Kembangan dalam menjemput adik2x hadir ke ‘PESTA’ kami..kembali saja ke UiTM, aku trus ke tapak Pesta untuk mencari sahabat2x tercinta..namun alangkaH terkejutnya aku pabila mentari terang yang ku sangka akan terus bersinar tampak berlaku sebaliknya..hari ini mentari terang itu kini telah ditutupi awan gelap, yang sangat jahat dan sarat dengan bom atom yang sedia untuk meletus..
Hari ini mood semua orang tampak berubah sama skali, lgsung x sama sekali seperti semalam..aku tgk hr ni kwn2x yg selalunya bekerjasama, bergelak ceria sewaktu kerja, kini agak berlainan, hr ni mereka Nampak agak berpuak2x..bila ku kiri, terdengar angin2x kemarahan dan xpuas hati terhadapan kumpulan di kanan, dan bila ku ke kanan, yg sebaliknya juga dpt kudengar…hmm.. ini sangatla membuat aku x selesa..aura2x panas dan x selesa dapat kurasai berlengar diantara kami…lalu aku mula memasang telinga untuk mengetahui punca..akhirnya dapat ku ketahui punca tercetusnya ‘Perang Bersegi-Segi’ ini..
Hmm rupanya rasa x puashati akibat pemberian tugas sempena pesta ini menjadi puncanya..geng kiri mendakwa menjadi mangsa, semua kerja mereka lakukan manakala geng kanan bergoyang kaki dan mendapat nama…dan Geng kanan mengakui yang sebaliknya…
Huish…bila pikir2x pening kepala dibuatnya..aku pun x mampu nak meleraikan perang dingin ini buat masa ini kerja aku sendiri banyak masalah yang sedang aku cuba perbaiki..Apa yang mampu kuharapkan agar permasalahan ini akan selesai dengan Berjaya pagi esoknya..apa-apa pun ingatlah sahabt2ku, kita ini sama2 MELAYU, kalau kita sama Melayu pun nk bergaduh, bertumbuk, bermasam..sampai bila la kita nak Berjaya, sampai bila laa bangsa lain nak tabik kt kita..
Kawan2x..Mari sama2X kita renung, fikir, tunduk dan jenguk2 kan bersama….

Thursday, August 6, 2009

Hmm..sedar tak sedar, dah genap 1 bulan aku bekerja di Upena UiTM ni..hari2 permulaan yang kuanggap umpama 'checkmate' kini telah bertukar kepada sesuatu yang boleh kuanggap sebagai 'gift'..di sini pelbagai asam garam dan ragam manusia dapat ku pelajari..di sini juga banyak mengajar cara untuk 'survival' di dunia realiti yang bukan fantasi ini. Hari ni aku amat busy macam biasa kerna terpaksa menguruskan kunjungan adik2x dari sebuah SMK yang terdiri dari anak2 orang 'LOADED' di pinggir bandaraya ke Pesta Buku UiTM yang kini telah masuk hari ke-empat dan 1 hari lagi tamatlah tempoh pameran ini.. (sepanjang PESTA BUKU semua SMK satu Shah Alam kami jemput!)

macam biasa aku dan brader bas UiTM bergerak la ke sekolah diorg menjemput diorg mampir ke Universiti tercinta ini (ceh!! siap berjemput berhantar lagi..)

!st of all my expectation sangatlah tinggi..aku bayangkan pelajar2 sekolah ini akan begitulah terujanya untuk masuk ke universiti...suatu tempat yang bagi aku dulu amatlah gah dan hebat..dan apa yang paling aku nak tengok adalah ragam dan telatah adik2 yang masih 'rebung' ini.. yelah dengan melihat telatah dan tingkah laku mereka ini sedikit sebanyak dapat membantu aku mengimbau kembali ingatanku ke alam sekolah yang telah lama ditinggalkan..

TAPI apa yang aku harapkan tak menjadi, tak sama seperti apa yang aku bayangkan..adik2 'pucuk rebung masakini' langsung x sama macam kami dulu2..masuk2 bas je trus speaking..tak kira Melayu, Cina, India..apa yang buat aku terperanjat ialah pabila mereka langsung x hormat cikgu yang namapak agak KAMPUNGAN di mata mereka..sejahat2 dan seteruk kami, kami masih lagi hormati guru2 kami..tapi x mcm adik2 sekolah ni...cikgu pengiring mereka pun dibuat mcm tunggul..tiada langsung rasa hormat mereka terhadap guru di depan mata (HANYA SEGELINTIR) pelajar2 ini tanpa segan silu bercakap sesama mereka menggunakan perkataan yang kurang sopan di hadapan guru mereka, dan pabila ditegur, guru di hadapan nya dibuat seperti tinggul sahaja...

Yang lebih sedih..anak2 zaman sekarang sudah mula pandai membeza-bezakan manusia berdasarkan darjat dan kedudukan...pada mulanya mereka masuk kedcalam bas..aku mula melayan salah seorang dari mereka..tapi layanan ku dibuat endah x endah (masa ni aku pakai baju t-shirt dan jeans dan kelihatan agak serabai kerna keletihan)..macam2 aku tanya diorg, diorg pandang buat dono je..and lastly dengan slumber diorg tanya..'abang ni memang keje dengan bas ni, kenapa keje dengan bas"....hmm baru aku sedar yang diorg ni memilih bulu untuk berkawan..dan aku pun trus berterus terang..."abang student master UiTM, kenapa? "

dan...secara otomatiknya air muka mereka berubah, dan... " ooo...ye ke bang sorila, kitorang ingat abang ni asistent drebar ni..abang, abang ni master ye..bla..bla.."
macam2 diorg tanya aku..dari segi brapa spm dapat, gaji lecturer berapa, dan macam2 la..yang tadi pandang2 sinis kat aku, buat muka ketat datang dan tiba2 jadi mesra bila tau aku ni budak MASTER...
hai...adik2X drebar ka..master ka, tuukang cuci ka..kita ni sama2x manusia..belajar lah menghormati orang lain tanpa merasa bangga dengan apa kelebihan yang kita ada..

p/s: anyway thumbs up kepada adik2x dan guru pengiring: Pn. Rosyati dari SMK Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah, Seksyen 2..korang memang best


Take the world
Shake and stir
And that's what I got goin' on
I throw my cares up in the air
And I don't think they're comin' down
Yeah, I love how it feels right now

This is the life! Hold on tight!
And this is the dream
It's all I need!
You never know where you'll find it
And I'm gonna take my time, yeah
I'm still getting it right
This is the Life

Takin' in a whole new scene
And I'm swimming with a new crowd (crowd)
Breakin' down the old four walls
And building them up from the ground
I love how it feels right now

This is the life! (life!)
Hold on tight! (hold on, hold on!)
And this is the dream! (dream!)
It's all I need! (hold on!)
You never know where you'll find it
And I'm gonna take my time yeah.
And I'm still getting it right
This is the life

Gonna follow my own lead, yeah!
Kick back and feel the breeze!
Nothing but the blue sky!
As far as I can see!

This is the life
Hold on tight!
And this is the dream!
It's all I need!
You never know where you'll find it
And I'm gonna take my time, yeah
I'm still getting it right

This is the life! (life! Yeah!)
Hold on tight! (hold on, hold on!)
And this is the dream! (dream!)
It's all I need! (hold on!)
You never know where you'll find it
And I'm gonna take my time yeah
I'm still getting it right
This is the Life

BLOG INI BELOM R.I.P LAGI!!


Testing..testing...1..2..3..

Salam semua..Salam dunia, Salam Nusantara...cewah!! hmm...sudah terasa lama sungguh diriku x update something kt blog kesayangan ini rasanya..
Yaa! sejujur-jujurnya dah nak hampir dua bulan aku langsung tak jenguk blog ni...rasa dah bersawang pun ada..haha..diri ini bukan sengaja enggan menitiskan tinta di atas wacana blog ini, tapi aku tak berdaya..aku takda upaya..aku runsing, pening, hening dengan masalah2 yang berlengar di depan mataku ini
Ini semuanya kerna dalam tempoh 2 bulan ni aku diselubungi berbagai2 dugaan yang dah berjaya menekan2 raga dan jiwa aku hampir ke tahap maksima, macam2 tekanan,masalah, bebanan terpaksa aku tanggung..yang membuatkan aku hampir tiba ke titik noktah dalam mengejar cita2 sejatiku ini, hingga membuat aku takut untuk menempuh masa hadapan.. uhuh!
ya, aku akui...semua ini berlaku atas kesilapan dan kealpaan aku sendiri..aku yang telah mencorak kan sendiri laluan hidup ku ini ke landasan yang kurang tepat dari landasan azalinya...

Tapi kini...semuanya Berubah!! segala bebanan, tekanan yang menimpa sedikit2 menghilang..bibit2 awan kelabu lagi gelap kini sedikit demi sedikit hilang dimamahi sinaran keyakinan yang kian memancarkan kembali cahaya seperti dahulu..
ya!! kini aku kembali..kembali ke dunia realiti dan juga dunia cyber ini...
maka hari ini lahirlah kembali Mat Jenin Kota yang sekian lama dirundung derita untuk menyinari alam maya!! (cewah!!)
Jutaan kesyukuran kepada yang maha esa dan Terima kasih tak terhingga kepada mak, ayah, adik beradik dan sahabat2 yang memberikan semangat dan telah memberi keyakinan kembali kepada diriku agar membentuk kembali perisai sakti iaini keyakinan yang sebelum telah hampir pupus dari sanubari ini...dengan ini aku berjanji aku akan teruskan perjuangan hidupku ini..tak lupa juga...mat jenin Kota tak mati, dan blog ini belum R.I.P lagi..cewah!!

 

blogger templates | Make Money Online