I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..
Sunday, September 26, 2010
Selepas merentasi lautan dan daratan sejauh 2000 batu, bangunan MASJID PASANG SIAP pertama di dunia, akhirnya tiba di Artik-Utara Kanada, kelmarin.
Masjid itu adalah untuk memenuhi keperluan populasi Islam yang meningkat mendadak jumlahnya di bandar Inuvik, yang terletak di wilayah Northwest Territories, di bawah pemerintahan Kanada.
Bilangan penduduk Islam di bandar itu telah mencapai sekitar 80 orang termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kos membina masjid di Artik yang terlalu mahal telah memaksa masyarakat Islam di sini membina masjid pasang siap.
“Seluruh masyarakat Islam di Inuvik pergi ke pelabuhan untuk melihat masjid itu sebaik ia tiba,” kata ketua projek masjid berkenaan, Hussain Guisti. “Buat pertama kali tiada pemandu teksi di seluruh bandar Inuvik,” ujar Hussain. Semua pemandu teksi di Inuvik adalah umat Islam.
Lantas, bangunan itu dibina di sebuah bandar di selatan Kanada, Manitoba, dengan separuh harga.
p/s: Hidup Islam!! semoga populasi Islam bertambah hari demi hari..
1 Comment:
-
- Anonymous said...
August 24, 2022 at 6:45 PMlive173live173live173live173live173live173live173live173live173live173