I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..
Wednesday, September 16, 2009
Kerajaan akan melancarkan pasukan Formula 1 pertama negara tak lama lagi..Pasukan yang diberi nama 1Malaysia F1 Team. Perdana Menteri kita bagitau Team ni akan dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnye oleh rakyat tempatan...
Dengar2x team ni adalah usahasama kerajaan malaysia bersama2x sektor swasta seperti Proton, Lotus, Petronas, SIC, NazaMotor, AirAsia, UTP dll..
Nama: 1Malaysia F1 Team
Ketua Pasukan: Datuk Seri Tony Fernandez
Pengarah Teknikal: Mark Gascoyne
Pelumba: Tak sure lagi, tapi calon hangat adalah Fairuz Fauzi...adiOS!
Tuesday, September 15, 2009
Kalau Malaysia Dituduh Maling, Indonesia apa Ya?....
7 comments Posted by Mat Jenin Kota! at 4:57 PMHmm...selalu sangat Karyawan2x dan pemerintah di Malaysia dicop sebagai tidak kreatif, peniru, ciplak karya dan budaya mereka...sikit2x..dituduh buta seni..paling sakit hati bila dipanggil MALING tapi kita buat pekak kan telinga je...
kAT bawah ni BUKTI2X yang INDONESIA jugak takdela kreatif mana pun, kaki ciplak karya orang gak...dah la tiru cerita, poster filem pun sebijik plak tuh!..
KREATIF..KREATIF...
PINTERRRR BANGAT!!!
So, kepada blogger dari Indonesia kalu anda ada terbaca entry di blog saya ini, maaf ya..saya tidak sengaja, hehe..cumna nak bagi kesedaran kat anda semua, sebelum menjerit, memekik mengatakan kami di Malaysia maling penjiplak teropong2 lah dulu diri sendiri dulu ya...
janganlah seperti kata pepatah " KUMAN DISEBERANG NAMPAK, GAJAH DI SEBELAH TAK PERASAN...hehe...
Macam2x bentuk dan rupa haiwan yang besar dan ganjil dapat kita tengok zaman sekarang, ada yang besar, panjang, hodoh...tak kurang jugak yang cantik..Subhanallah...itulah kekuasaan Allah..Kat bawah ni ada beberapa keping gambar haiwan yang dapat saya postkan..selamat menjamu mata..huhu! (dah macam National Geographic Channel plak rasanye...)
Perkara: Sembang Ghaye
Lokasi: Taman Ixora, BBST, Sepang
Qiha: Pokteh, ayah cakap tahun ni raya rumah nenek Muar, kakak suka raya kat kampung..
Irfan: Adik plGI suke, adik nak main bunga api, nak jumpa atuk, nenek, busu, pakcik..
nak duit raye..
Qiha: Eleh..kakak nak mintak maaf dengan nenek dan atuk, nanti dapat duit raya... kakak suka balik kampung, kampung jauh..Kakak nak tengok jalan, best!!
Irfan: kakak ni, tiru Irfan la, Ipan cakap dulu nk duit raya, sebok je.. nanti kalau nenek bagi duit raye, jangan bagi kakak!
Pokteh: Eh, korang ni..jangan gado2x..dua2 bleh blik kampung, nanti ayah kakak irfan bawak korg blik..dah jgn gaduh..
Irfan: Yea boleh balik raya...pokteh, nanti nak duit rayeee...adik nak banyak2x
Pokteh: Er..tengok la nanti..haha
Kakak: Pokteh, nak lukis2x..nak lukis hari raye..kakak x sabar nak raye..
Irfan: adik pun nak..
Kakak: Sibuk la adik ni, suka tiru kakak..
Ni lah perbualan anak2x buah aku yg dh sang x sabor nak beraya, diorang bukan main hepi lagi nak raye...yela budak2x, takde masalah, ape yang diorang tau, hepi, main jela..x macam kita yang dah berumur ni..seribu satu masalah terkumpul, nzsk raye pun x syok, ades....
kat bawah ni la antara LUKISAN2x yang anak buah aku lukih..fuh! mmg nampak la betapa tulus nya hati diorang ni..nak sambut raya dengan ikhlas, dengan meriah..btul2x sambut punye...diorg semangat nak sambung raye, laptop aku lak jadi mangsa, heh!!
Aku plak...bila pk raye je..terpikir la gak beban2x kerja yang bertimbun dah tunggu mangsa...alahai!! tapi takpe, raya tetap raya! problem suma tolak tepi...yang penting Khamis ni aku blik kampung....YaHOOOO!!
Saturday, September 12, 2009
MAafkan Daku..Aku Yang Dihujani Kesibukan Kerja
Tarikh: 12 September 200/ 22 Ramadhan 1430H
Lkasi: Seksyen 8, Shah Alam
Mangsa: Diri sendiri..
Salam Ramadhan dan Aidilfitri kepada semua sahabat2 dan para Blogger..pertama2x kali hamba nak minta ampun dan maaf kerna telah sekian lama hamba tidak menitiskan tinta di blog kesayangan hamba ini..
Bukannya hamba sengaja untuk tudak meluangkan masa bersama kalian, malah jauh sekali melupakannya..tapi apakan daya di saat2x umat Islam bersedia membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, hamba pula sedang berperang menyelesaikan tugasan dan beban kerja yang telah diamanahkan kepada hamba.. Sebenarnya terlalu banyak perkara menarik yang ingin hamba kongsikan bersama kalian, tapi apakan daya..masa tidak mengizinkan..
Oleh itu kepada kalian, pelawat setia blog hamba ini diharap jangan lah menjauhkan diri dari blog hamba dan semoga tali persaudaraan dan ukhwah sesama kita-para blogger Malaysia akan terus terjalin erat..
Oleh itu jikalau ada sebarang kelapangan jemputlah menziarahi hamba di laman FaceBook hamba...Bagaiman caranya? mudah saya, kalian saya perlu taipkan 'Mohd Syahrulhairi' di ruangan search dan nah!! bolehlah kiranya kita merapatkan kembali ukhwah sesama kita..