I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..
Thursday, August 6, 2009
Hmm..sedar tak sedar, dah genap 1 bulan aku bekerja di Upena UiTM ni..hari2 permulaan yang kuanggap umpama 'checkmate' kini telah bertukar kepada sesuatu yang boleh kuanggap sebagai 'gift'..di sini pelbagai asam garam dan ragam manusia dapat ku pelajari..di sini juga banyak mengajar cara untuk 'survival' di dunia realiti yang bukan fantasi ini. Hari ni aku amat busy macam biasa kerna terpaksa menguruskan kunjungan adik2x dari sebuah SMK yang terdiri dari anak2 orang 'LOADED' di pinggir bandaraya ke Pesta Buku UiTM yang kini telah masuk hari ke-empat dan 1 hari lagi tamatlah tempoh pameran ini.. (sepanjang PESTA BUKU semua SMK satu Shah Alam kami jemput!)
macam biasa aku dan brader bas UiTM bergerak la ke sekolah diorg menjemput diorg mampir ke Universiti tercinta ini (ceh!! siap berjemput berhantar lagi..)
!st of all my expectation sangatlah tinggi..aku bayangkan pelajar2 sekolah ini akan begitulah terujanya untuk masuk ke universiti...suatu tempat yang bagi aku dulu amatlah gah dan hebat..dan apa yang paling aku nak tengok adalah ragam dan telatah adik2 yang masih 'rebung' ini.. yelah dengan melihat telatah dan tingkah laku mereka ini sedikit sebanyak dapat membantu aku mengimbau kembali ingatanku ke alam sekolah yang telah lama ditinggalkan..
TAPI apa yang aku harapkan tak menjadi, tak sama seperti apa yang aku bayangkan..adik2 'pucuk rebung masakini' langsung x sama macam kami dulu2..masuk2 bas je trus speaking..tak kira Melayu, Cina, India..apa yang buat aku terperanjat ialah pabila mereka langsung x hormat cikgu yang namapak agak KAMPUNGAN di mata mereka..sejahat2 dan seteruk kami, kami masih lagi hormati guru2 kami..tapi x mcm adik2 sekolah ni...cikgu pengiring mereka pun dibuat mcm tunggul..tiada langsung rasa hormat mereka terhadap guru di depan mata (HANYA SEGELINTIR) pelajar2 ini tanpa segan silu bercakap sesama mereka menggunakan perkataan yang kurang sopan di hadapan guru mereka, dan pabila ditegur, guru di hadapan nya dibuat seperti tinggul sahaja...
Yang lebih sedih..anak2 zaman sekarang sudah mula pandai membeza-bezakan manusia berdasarkan darjat dan kedudukan...pada mulanya mereka masuk kedcalam bas..aku mula melayan salah seorang dari mereka..tapi layanan ku dibuat endah x endah (masa ni aku pakai baju t-shirt dan jeans dan kelihatan agak serabai kerna keletihan)..macam2 aku tanya diorg, diorg pandang buat dono je..and lastly dengan slumber diorg tanya..'abang ni memang keje dengan bas ni, kenapa keje dengan bas"....hmm baru aku sedar yang diorg ni memilih bulu untuk berkawan..dan aku pun trus berterus terang..."abang student master UiTM, kenapa? "
dan...secara otomatiknya air muka mereka berubah, dan... " ooo...ye ke bang sorila, kitorang ingat abang ni asistent drebar ni..abang, abang ni master ye..bla..bla.."
macam2 diorg tanya aku..dari segi brapa spm dapat, gaji lecturer berapa, dan macam2 la..yang tadi pandang2 sinis kat aku, buat muka ketat datang dan tiba2 jadi mesra bila tau aku ni budak MASTER...
hai...adik2X drebar ka..master ka, tuukang cuci ka..kita ni sama2x manusia..belajar lah menghormati orang lain tanpa merasa bangga dengan apa kelebihan yang kita ada..
p/s: anyway thumbs up kepada adik2x dan guru pengiring: Pn. Rosyati dari SMK Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah, Seksyen 2..korang memang best
patutnya hang simpan sekotak utk aku!