I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Wednesday, June 17, 2009

Hari ni pagi2 lagi aku dh bersiap2X dan bertolak ke UiTM untuk ambik mini transkrip, lepas tu otak aku pun ligat berputar2X cari idea nk lepak mana hr ni...

Pikir punya pikir, puas punya puas search internet, terasa lapar la pulak.. aku pun ambik kunci moto dan trus start moto dan bertolak ke rumah kakak aku di Puchong (hehe..dengan matlamat nak save budget untuk hari ni)..ODW ke rumah kakak aku terbayang kan anak buah aku yang ligat mengalahkan ulat nangka..huish! habis la aku kali ni
sampai je kt rumah kakak aku, aku disambut dengan mesra nya oleh anak buah aku yang maha nakal )..x sampai 10 minit aku tiba, bru je duduk aku dah kna smackdown,stone kol (apa dia tak sayang ke pakcik dia yang macho ni, haha..) dia guling2 atas aku..adoi la..takpa2X lapar punya pasal no hal..hehe


ini la anak buah saya yang cergas tu..nama dia uwais..

So x brapa lama pastu kakak aku pun hidangkan la menu terbaik dia untuk hari tu..haha jeng2x..mee hailam, buah mango, jus nenas..(mee hailam plak penuh dengan isi daging,sotong, fishball..pergh memang habuan aku la..) So dengan lahap nye aku pun bedal la mee tu bermangkuk2x..(kami makan kt lantai je) tp tak lama pastu tanpa sedar anak buah aku dah ada atas kerusi dan...
BUUKK!!
dengan selamba sekali lagi melompat atas badan aku, lagi sekali aku kena stone kol. da..
ape nak buat dah nasib badan, huhu..
tapi takpe janji perut KENYANG!! :)



ini la mee hailam yang memaksa saya mempertaruhkan nyawa dibelasah anak buah..haha

Tuesday, May 19, 2009

Tahniah kepada sahabat aku, Mohd Farhan B. Hamdani coz dh dapat jodoh dan dah pun selamat ke jinjang pelamin bulan lepas kampung halamannya di Umbai, Melaka..(Sori Bro coz tak dapat datang ke majlis ko coz masa tu aku ada exam lee, lgpun kad ko hantar kt kg. , aku jarang blik rumah, ahaha...)
Hmm..tak sangka pulak si Bilal yang aku kenal dari Form 1, yang dulu badan kecik, sekarang dah jadi Pegawai besar ATM, aku as a friend sangat2x la berbangga,anyway good luck dan semoga perkahwinan mu akan trus kekal hingga ke anak2 cucu, cicit, piut..(senang crita sampai ko jd nenek moyang la, haha :)

p/s: ko kawin siap ada pedang2x ye sambut, nanti aku kawin aku nak taruk ape yer yg sesuai..hmm, theodolite kot..hahah


Monday, May 18, 2009

Attention2X...
Ni bukan cobaan, silap mata mahupun ilmu batin k, ni btol2x punye terjadi bila sorang Mamat Salleh ni yang mempunyai berat badan (630 lbs ) bercita2x nak jadi kurus dan macho..Macam2x la dia buat, senaman dll sampailah dia berjaya kurangkan berat dgn banyak nye..Yang jd buah mulot nye..isi perut jadi kuros, tapi kulit x kecut2x.. mengeleber g-la wa cakap lu, heheh..
Tak caya tengok la gambar2x kt bawah ni..jgn pengsan udah le ye... :)













BUKTI ALLAH ITU WUJUD

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA.

APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA rAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

Si LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

LAWAK..LAWAK..LAWAK DAA..

lAWAK SATU...

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

AMAZING PHOTOS FOR 2009





Hmm..tempoh hari (13/5/09) adalah hari yang agak mengejutkan dan mengembirakan aku. Sahabatku, kawan baik ku semasa di sekolah dulu..sahabat yg aku selalu kagum akan kebijakannnya dan dh lama aku cari2x jejaknya tapi x ku jumpa, akhirnya berjaya jugak kutemui..Huh! 13 tahun tu suatu tempoh yang agak lama bagi aku, mcm2x cara aku guna ntuk kesan jejak mamat ni..ntah hidup atau tidak...nak pendekkan cerita, aku terjumpa sahabat aku ni melalui google search dan friendster, selama ni aku rasa dh banyak kali aku search melalui internet, tp x pernah berjaya..mungkin sudah ditakdirkan Allah s.w.t, selepas 13 tahun barulah kami ditemukan kembali..bertemu dengan masing2 membawa kejayaan, hehe....

kini sahabatku ini, Mohd Ikhwan Marion, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland, dan khabarnya akan pulang ke Malaysia pada bulan June ini..dan pertemuan kami, dan kawan2x lama di sekolah sedang diaturkan..Hmm, terdetik juga rasa rendah diri pada diriku kerna sahabatku ini bakal bergelar Dr. dan belajar di luar negara, sedangkan aku hanya menuntut di IPTA tempatan..ku harap segala perancangan untuk Reunion ini akan direstui Allah s.w.t dan jikalau umur kami panjang segala penantian 13 tahun ini akan berakhir dan berbayar..insyaAllah..

 

blogger templates | Make Money Online