I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Saturday, September 25, 2010

Pelik2x...

VARIOUS DESIGN OF MEN URINAL





sO, which one choose to pee??

Pernah tak korang melawat TAMAN LEGO ‘Legoland’ kat dunia ni..dalam dunia ni Cuma ada 4 je Legoland iaitu di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Britain dan terpukau melihat bangunan-bangunan yang diperbuat daripada kepingan LEGO

PERCAYA TAK???

LEGOLAND ke -5 dunia akan dibina di Malaysia iaitu di usajaya, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Taman Lego ni akan dihiasi oleh bangunan –bangunan dan mercu tanda Johor yang menjadi mercu tanda Johor seperti Bangunan Bukit Timbalan, Masjid Sultan Abu Bakar dan Bangunan Kompleks Mahkamah Tinggi Johor Bahru..

Mercu-mercu tanda Johor dan Malaysia ni dibuat daripada beribu ribu Taman Lego bertema Malaysia bernilai RM720 juta ($310 juta) dan seluas 70 ekar itu akan siap Legoland Malaysia menjangkakan antara 1.3 juta hingga 1.5 juta pengunjung dalam tahun pertama operasi.


Saturday, September 18, 2010

Jangan guna perkataan 'sembahyang'....

Dewasa ini hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

SO...GUNAKAN LAH PERKATAAN 'SOLAT' .....

p/s: credit to buaya merah for the info ( http://www.buaya-merah.blogspot.com/ )

" Murid-murid, Yakjuj Makjuj itu rupanya macam ulat..hidupnya nak musnahkan manusia akhir zaman ye..bergerak dengan laju...." itulah kata-kata ustazah masa aku sekolah rendah dulu...hmm, yakjuj makjuj berupa ulat..

Lepas tu tak lama kemudian pergi kuliah di surau plak " saudara - mara sebenarnya Amerika tulah Yakjuj Makjuj ..Amerika ni memang dh lama rancang nk bunuh kita semua orang Islam!"

haa...gitu plak...

Lama kelamaan kita ni sebagai pendengar dan orang yang kurang ilmu ni, makin kionfius kita dibuatnya..makin benak pulak pemikiran kita untuk mengetahui apa bendakah sebenarnya Yakjuj Makjuj tu..
Akhirnya syukur..segala persoalan berdekad-dekad ini terungkailah dengan terbacanya aku buku hasil kajian ilmiah saudara Muhammad Alexander yg merupakan seorang 'lecturer' dari negara seberang..
Segala isi kandungan buku ini lengkap dengan segala bukti dan gambar..kepada anda yang betul2x nak tahu ape tu YAKJUJ MAKJUJ....jangan lupa cari ini buku ya..

Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung

SINOPSIS:

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

Broadband oh broadband..

Katanya menyahut kerajaan kerajaan...
katanya jalur lebar terhebaT
Katanya hebat dan mengatasi pencabar yang lain..

CHETTT!!!!! penipu besar, lembap punya jalur lebar ,
berkurun menatang coverage yang entah bila nk penuh ni..

Sampai berpeluh...
Sampai berdengus...
habis gatal kaki tangan aku digigit sang nyamuk..
Habis buncit kekenyangan sang nyamuk menghisap darah merah aku ni...
Tapi internet yang maha lembap ni masih lagi x ok...
Hmm...nampaknya susah la aku nak aktif sebagai blogger macam dulu lagi..
Hmmm...ni la payah nya kalau kita mudah terpedaya dengan janji-janji manusia yang pandai
menyusun kata-kata .. mengatur pelbagai janji dan omong kosong...
kononya segalanya di hujung jari..
Akhirnya aku sendiri terlopong...
duduk membatu kebodohan menanti jaringan internet yang maha lembap..
Akhirnya aku sendiri tertipu....
Hujung bulan pergi membayar bil jalur lebng tinggi walaupun pengunaanya
hanyalah seberapa...
bodohnya aku sebagai penguna..
tapi takpe ah...demi menyahut seruan kerajaan..
Belilah buatan Malaysia..
Bodoh punya M...S!!!

p/s: ape aku merepek ni...aku pun xtau...

Thursday, September 16, 2010

SETELAH SETAHUN

SETELAH SETAHUN...
SETELAH SEKIAN LAMA SEPI..
SETELAH HAMPIR MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SALAH...
SETELAH MENEMPUH PELBAGAI DUGAAN YANG MENDATANG..
SETELAH HAMPIR MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK R.I.P DALAM DUNIA BLOG..

KINI..MAT JENIN KOTA KIAN BERSEMANGAT MENGATUR BAKI KEKUATAN..MEMPERKEMAS KATA.. UNTUK KEMBALI KE DUNIA BLOG
TIDAK LAMA LAGI..

 

blogger templates | Make Money Online