I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Friday, January 2, 2009

korang boleh celen ke??
huhuh... :)

pic 1)


pic 2)
pic 3)


pic 4)

Haiwan Masa Depan??...

Time2x baring2, menung2 cuba pikirkan, kalau haiwan masa depan buleh buat macam ni...
tak ke haru dunia kita dibuatnya...huhuhu... :)


kucing dah mula belajar berjalan macam manusia..x lama lagi berebut dengan kita nak beli kasut especially time ada 'SALE!!'


Si Khinzir dah pandai bawak basikal..mula2x basikal lama2X bawak motor, kereta, pastu lori,pastu bla..bla..jem la jalanraya kita..


kuda belang dah pandai 'kautim' dengan zirafah..nak teropong kat mana singa lepak..huhu..selamat la diorang


Tak lama lagi keluar movie bat-dogman kat wayang..haha!!
anjing selamatkan kaum depa yang tertindas :)


Lepas ni banyak la orang buka salon untuk kaum singa...macam2 la style la kita dapat tengok..punk,skin head dll..


Kucing dah pandai buat muka terkejut...siapa ajar??....siapa suruh beri muka..hahah


Kucing sekarang buru tikus guna senapang jer..jimat tenaga, takpun balas dendam kat tuan..haha!!

gajah menyamar jadi 'rimau' takut gading kena rembat!!

Kucing dah pandai pakai sihir..boleh terbang, naik motor halimunan..bahaya nih!!


dah terbalik, Kucing xkan lagi jadik mangsa buli anjing...beliau yang buli anjing balik..maybe skarang kucing2 dah blaja taekwando kot....So, apelagi anjing?? ada brani?...


Hahaha... :)
JUST FOR FUN.....

Ni salah satu kartun aku yang masih ada dalm koleksi..kartun ni pernah tersiar dalam Majalah Ujang dulu...keluaran 2003 (keluaran bulan brapa x ingat)
Lets Enjoy!!... :)

Lawak tak??.....huhu!! :)

-created by matjenin2020

Sejak Tadika lagi sampai sekolah menengah aku minat gila melukis, tiap2 hari aku melukis, tak kira laa kartun ke..gambar rumah,pokok, superhero dan ape2 saje..suma aku bantai lukis..kawan2 aku pun memang dah lama tau aku suka melukis dan diorang pun selalu suruh lukis macam2 laa..tapi bukan gambar lucah rr.. ( sebab aku terer) hahah...:)
Masa aku tadika dulu..antara gambar2 paling femes yang kawan2 aku suka mintak aku lukis ialah 'satria perkasa hitam, gaban, flashman' coz masa tu melukis ni memang hobi aku laa..abang, kakak2 aku kat rumah bace buku, aku duk melukis je..sampai mak marah.. baru stop..haha :)


dulu citer2 aku pun memang nak jadi kartunis or pelukis, tapi nak buat macam mana.. maybe tadak rezki kot..aku naik sekolah menengah, family aku suruh masuk RKA (Rancangan Khas Agama) kat sekolah bandar, kat kelas tu plak, tak ditawarkan Pendidikan Seni, so cita2 aku sedikit-sebanyak terkubur kat situ je laa...huhu..(tak dapat study cara2 melukis yang btul)

tapi aku ada gak try2 blajar lukis2 sendiri dan aku trus gak la dengan hobi aku melukis...aku beli buku2 kartun, tgk gambar dalam kalendar...blajar gaya lukisan diorang dan lukis.. ( dalam kelas cikgu mengajar, aku lukis kartun, haha!!..)

actually, dari aku kecik sampai la besar, aku masuk banyak gak pertandingan2 melukis!..tak kira peringkat sekolah ke..majalah ke..rancangan tv ke..semua aku bedal, semua aku join, dan beberapa kali hasil seni aku keluar dalam beberapa majalah femes kat malaysia ni...dan paling aku bangga, lukisan aku pernah tersiar dalam satu Rancangan T.V, fuh!! bangga gler masa tuh!!...(tapi yang x best nya..hampir semua majalah yang siarkan karya aku, aku dh buang..isk2X) :(
Tapi sekarang ni usia pun dah makin lanjut...(dah tua, (hahah) :)
so skarang aku konsentret dengan kerjaya aku je laa..( huhuh) :(

* cita2 ku terkubur begitu saja!!




salah satu hasil contengan2 aku masa form 2 yang masih tinggal tiru watak komik (haha...) :)

-created by matjenin2020


Aduh indahnya Desaku...

Sedar tak sedar, dah sebulan dah aku bercuti di kampung, bercuti dari belajar kat k.l nu dan bercuti dari memerah kepala otak ni.. macam sekejap je rasanye cuti ni...memang lah mcm orang cakap, kampung ni adalah penawar segala ‘stress’, stress yang disebabkan oleh kesibukan belajar dan bekerja kat bandar, kat kampong ni korang bebas dari segala problem, masalah baik dari segi kewangan, perhungan (pakwe makwe laa). Pendek kata, kat kampong ni, semua duka nestapa gerenti hilang punya. Kiranya duduk kampung ni macam satu sesi terapi laa..sesi penyucian minda yang paling mujarab sekali. Hua hua hua..

Biasanya aku, kalau kat kampong, masa yang paling best skali, mesti la time pagi, bangun je dari tidur.. mesti punya terdengar bunyi burung-burung berkicau2 keluar sarang cari makan, bukak je tingkap rumah (especially tingkap rumah kampong), nampak pakcik makcik kita keluar rumah pegi kebun menoreh getah, pegi sawah bendang tanam padi..hui memang terasa tak nak balik k.l laa..
Masa aku kat kampong aku, aku memang tak lepaskan peluang laa, pegi kebun, ( huhu..dah lama aku tak pegi kebun )..kat kebun, macam biasa la, petik buah-buahan ape yang ada-ciku, duku, rambutan dll (banyak gila, tak muat bakul!!)
Masa cuti ni aku malas la nak cari kerja2 kat luar, ( bagi aku, kalau nak cari kerja luar, baik tak payah cuti kat kg.. ye tak!!..hehe) so duduk je la kat kampung tolong orang tua-noreh getah, bangkit getah, beku kan getah, berkebun, tanam sayur bla..bla..lagilah.. (Best Gila!!)

Bila malam pulak biasalaa kadang2 keluar jumpa member-member lama..member2 sekolah dll, huh..rindu gila kat diorang!!
Tapi bagi aku laa aktiviti paling Syok yang pernah aku buat masa cuti ni-mesti la gi tangguk ikan kat kolam, masa ni baru la korang dapat rase feel.. yang sebenar2nya tinggal kat kg. ni, fuhh..terasa mcm balik zaman budak2 pulak (dulu pegi berkubang, balik mesti kena sebat dengan mak bapak, haha!!)
Pendek kata, balik kampong ni aktiviti wajib paling best dalam hidup aku,lebih best balik kampong daripada pegi melancong kat Paris, London dll huhu..J
Kalau ada member2 yang tak pernah ada kampong dan tak pernah balik kampong, jom ajak diorang balik kampong..bagi diorang rasa penangan balik kampong ni..hohohoh..

Ala orang2 kaya raya kat Bandar tu pun asal dari kampong gak, bila boring2, bila nak raye ke kampong gak diorang pulang..tak ada nya diorang nak beraya kat Bandar nu..huhuhu
-created by matjenin2020

From kampung with Love...

Kat sini ada beberapa keping gambar-gambar dari kampung aku yang sempat aku post kan..macam ni la lebih kurang kampung aku dan kampung2 orang Melayu yang lain..mcm ni la jugak rupa kebun getah,..(getah yang dah siap kena toreh pun ada..) huhuhu..

1st view dari permukaan bumi kampung ku yang tersangat la cantekk!! haha, saje pic ni aku ambik dari view pmukaan tanah.. stlye!!



gambar tepi parit..kalau kat kg. area2 tempat mcm ni la syok jadi port mancing..huhu :)



area dalam kawasan kebun buah-buahan2 + kebun getah! macam ni la lebey kurang yang ada kat kg. biasanya orang kg. ni blasah jer, tanam pokok buah campur skali dengan pokok getah..hehe, save bajet! :)



ni la rupa pokok getah,..sori getah die belum keluar beb! baru toreh.. :(



*semua pic kat bawah ni pun gambar2 yang aku ambil dari kebun mak bapak aku..huhuh

jeng2x ada nampak ape2 ke kat atas tuh, sarang burung ka..beruk ka...ada ka??


tak ada nampak ape2 pun...just getah tree je..



pokok2 jering yang dah mati kena racun, haha..(no meaning pic)

-created by matjenin2020



Mat Jenin-nama yang cukup sinonim dalam masyarakat melayu, dari atuk, nenek, mak ayah sampailah anak kecik kita kat tadika pun tahu cerita tentang Mat Jenin. Mat jenin dah lama subur sebagai khazanah sastera orang melayu dan gah sebagai cerita rakyat orang melayu zaman dulu. Cerita Mat Jenin memang dah lama subur dikalangan orang Melayu dari zaman nenek moyang kita lagi. Mat jenin dah memang lama jadi bualan mulut ke mulut datuk nenek kita, malah kat sekolah pun cikgu ada bacakan kisah tentang si mat jenin kat depan murid-murid diorang..memang satu dunia melayu ni mesti kenal lah dengan mat jenin ni..cerita tentang seorang anak muda melayu yang memang malas..malas kerja,malas belajar..malas bla..bla..bla..ah, malas la nak cerita.semua negatif laa...
Ini la salah satu gambaran sikap orang Melayu dari dulu lagi..TAPI, masa dah lama berlalu, tahun berganti tahun, bulan berganti bulan , hari berganti hari..orang Melayu pun dah lama bertukar sikap, kalau dulu bukan main susah nak tengok orang Melayu yang berjaya, tapi sekarang, kat mana-mana boleh lihat, boleh dengar kejayaan orang melayu..dalam internet, dalam paper, tv, malah dalam majalah dah macam-macam berita kejayaan melayu dah tercipta, sebut je orang Malaysia pertama naik ke angkasa,merentas selat Inggeris, naik ke gunung Everest, keliling dunia naik kapal layer dan ramai lagi..semua melayu..Diorang ni pun Mat Jenin gak, tapi Mat Jenin yang moden, Mat Jenin yang berwawasan 2020 banyak cita-cita..sanggup berjuang dan berkorban demi mencapai cita-cita!


MAT JENIN DAH LAME BERUBAH!!

Kini melayu dah mula mengorak langkah untuk berjaya!! Macam mana diorang boleh berjaya?? Haa.. Impian dan cita-cita yang sama macam mat jenin ni la yang buat mereka berjaya..tak salah kita banyak impian, banyak berangan..tapi bila dah ada angan-angan, usaha pun mesti lebih, mesti kuat kerja..Coz dengan adanya impian, cita-cita dikuatkan lagi dengan usaha..So barulah boleh berjaya…So, tak mustahil melayu tak boleh berjaya….

Melayu tak lemah, Melayu Perkasa Melayu Boleh!!

-created by matjenin2020

 

blogger templates | Make Money Online