I LOVE MALAYSIA..1 MALAYSIA..THE LAND OF PARADISE..

Friday, January 2, 2009

* ini adalah hasil tulisan aku semata2, datangnya ilham secara spontan dan tiba2 pabila aku memikirkan tentang bangsaku...Sajak ini untuk aku sendiri..juga untuk saudara2 sebangsaku...mari kita renungkan bersama2..
(SEMPENA TAHUN BARU 2009-MARILAH KITA BANGSA MELAYU MENGORAK LANGKAH MAJU KE HADAPAN...LUPAKAN SENGKETA SILAM, AYUH MARA KE DEPAN )


MELAYUKAH AKU..MELAYUKAH KITA....

Melayukah Kita..
Jika kita sudah semakin hilang cebisan jiwa melayu
Ke san ke sini menjunjung identiti yang tidak pasti
Melayukah aku..
Jikalau sepasang mata ini asyik disajikan dengan ketaksuban
anak-anak bangsaku menjunjung identiti budaya dan bangsa luar..

Dimana melayu kita…
Yang kini semakin jauh...

semakin hilang...
dan terpesong
daripada kelaziman seorang yang bernama..
Melayu..

Melayukah aku…
Melayukah kita…


Jika aku tegar melihat
melihat anak-anak bangsaku..
Bebas dan bangga bersarungkan LEVIS,
berpakaian Versace,

berkasutkan Adidas, Nike...
dan..
bertindikkan hidung,pusat,lidah..

Di manakah melayu kita..
Jika anak anak bangsa kita sendiri sudah mula lupa..
Asal-usul mereka..
Akar mereka..
Sehingga sanggup mereka membelakangi bahasa pertuturan nenek moyang mereka…
Hingga sanggup bertuhankan bahasa asing
Yang pernah menjajah kita sekian lama..


Dimana melayu kita...

Jikalau hanya kerana berbeza pendapat, pendirian..
pahaman pegangan...
kita sanggup bermusuhan..

Bukankah dahulunya kita masyhur sebagai sebuah bangsa yang agung...
berpendirian teguh..
bersatu padu..
Mengapa kini sudah berbeza??...

Ayuh saudara-saudaraku..

mari kita renung-renungkan...

Dimanakah Melayu Aku….
Dimana melayu Kita…


p/s: tribute to mr. Syed.. orang melayu (huhu… )

-created by matjenin2020 (31 disember 2008)

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online